Me and hubby
Di Airport HCM
Inilah hotel yang kami duduki sepanjang percutian kami selama 5h4m ni...Hotel Hoang Hai Long 2. Hotel yang selesa dan paling penting berdekatan dengan Ben Thanh market dan banyak kedai makan Islam di sekelilingnya.
Sampai kat hotel lebih kurang pukul 4 petang...lepas check in bagai, letak barang dalam bilik dan terus makan di restoran. Makanan muslim di sini agak mahal, mee sepinggan lebih kurang RM18..tapi paling best mestile air kopinya...Terbayang-bayang kesedapannya...Makanan pun sedap juga.
Hujan pula masa ni...so lepas makan berlari-lari anak menyeberang jalan untuk ke hotel coz belum solat lagi. Bermalas-malasan dalam bilik, nak keluar pun hujan. Lepas hujan dah reda kami survey pakej tour ke sg mekong...dan akhirnya kami pilih tour sg mekong drp pink saigon hotel dengan kadar usd16 per pax..
Kami keluar malam...ke pasar malam dan kebetulan berdekatan Ben Thanh ada pameran bunga ..so menjengah juga le ke situ...berjalan-jalan ambil angin HCM... Tapi hati-hati kerana banyak peragut di sini..itu yang dipesan oleh polis di sini kerana mungkin kami dilihat terlalu leka mengambil gambar..Bagus juga teguran tersebut, supaya kita mudah beringat....
Bergambar dekat bulatan Ben Thanh -mercu kuda
Tiap-tiap hari ke pasar malam ini..syurga membeli-belah
Berakhirlah sudah hari pertama...sebelum balik ke bilik, singgah dulu membeli air kopi dari penjual berbasikal..RM3..duit dong tak ingat...tapi kat sini lebih untung beli ngan RM berbanding dong...
Ok selamat malam...Jumpa hari ke 2 plak...

