Wednesday, 11 December 2013

Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang


Muzium Sultan Abu Bakar terletak di Jalan Sultan Ahmad di daerah Pekan, Pahang. Muzium ini telah dinamakan Muzium Sultan Abu Bakar bersempena istana yang pernah menjadi tempat persemayaman baginda  iaitu istana kota beram.

Muzium ini telah dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Sultan Hj Ahmad Shah, Sultan Pahang pada 21.10.1976 dan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan muzium ini ialah lembaga muzium negeri pahang.

11/12/2013, kami telah menjejakkan kaki di muzium ini buat kali pertama...

Bangunan ini telah dibina pada tahun 1988 dgn binaan kayu. kemudian pd thn 1929, ia telah dijadikan sbg kediaman residen british. bangunan ini kemudiaannya tlh dibaik pulih pd thn 1948 dan dijadikan istana yg diberi nama istana kota beram.

Jom kita jalan2 di sekitar kawasan luar muzium ini...


 Terdapat pelbagai arca menarik di luar muzium
 Bangunan muzium dari luar seperti bangunan kolonial British
ada meriyam lagi kat luar ni..

Landskap hadapan muzium ini sangat cantik dan menarik sekali. Terdapat pelbagai arca yang boleh dilihat...contohnya seperti di bawah terdapat arca burung bangau dan arca kuda. Menurut cerita, arca kayu tersebut dibuat daripada kayu2 hanyut di sungai dan kemudian digam dgn menggunakan gam perahu. Katanya pembuatannya dibuat di Semarang, Indonesia.



Dah puas2 ronda kat luar, sekarang kita akan melawat pulak ke dlm muzium ni... Jom follow...

Operasi muzium :

  • Selasa - Ahad ( 9.30am - 5.00pm )
  • Jumaat            ( 9.30am - 12.15pm / 2.45pm - 5.00pm )
  • Tutup pada setiap hari Isnin dan pada hari raya pertama Aidilfitri & Aidiladha
Bayaran masuk pulak :
  • warga Pahang RM4
  • warga Malaysia RM5
  • Bukan Warganegara RM16 / usd5
  • Kanak2 & OKU percuma

Untuk makluman penggunaan kamera di dalam muzium  tak dibenarkan tapi boleh ambil gambar menggunakan henfon...tak cantikle sgt gmbr guna henfon ni...huhuhu...tapi nak buat camna..dah peraturan, ikut sajale...
Kami juga diberi plastik utk mengisi kasut yg dipakai, jadi kita hanya berkaki ayam saje berjalan2 dalam muzium ni...plastik ini perlu dibawa krn pintu keluar tak sama dgn pintu masuk....





plastik kasut yg diusung ke sana sini

Thursday, 28 November 2013

Ho Chi Minh, Vietnam - Day 1

Pada 28/11/2013 kami sekeluarga ke LCCT dan berjaya ke satu lagi destinasi impian ke HCM, Vietnam. Bersyukur sangat kerana diberi peluang melihat dan menjejakkan kaki di sana. Kali ini trip yang paling ramai ahli keluarga OTME menyertainya..seramai 12 orang. Ini termasuklah abang + kakak + anak2 sedara. Seronok sangat.
                                       Me and hubby

                                     Di Airport HCM

Dari airport HCM ke hotel yang terletak di kawasan Ben Thanh, kami telah menaiki coaster dengan harga usd25 (satu family kena bayar usd6), masih menjimatkan bagi kami berbanding jika menaiki teksi. Puas deal nak dapat harga yang cam ini. Credit to kak Lisa yang deal urusan2 pasal coaster ni...Banyak kaunter teksi, boleh pilih dan cari yang mana kita suka nak naik...

                           




Inilah hotel yang kami duduki sepanjang percutian kami selama 5h4m ni...Hotel Hoang Hai Long 2. Hotel yang selesa dan paling penting berdekatan dengan Ben Thanh market dan banyak kedai makan Islam di sekelilingnya.

Sampai kat hotel lebih kurang pukul 4 petang...lepas check in bagai, letak barang dalam bilik dan terus makan di restoran. Makanan muslim di sini agak mahal, mee sepinggan lebih kurang RM18..tapi paling best mestile air kopinya...Terbayang-bayang kesedapannya...Makanan pun sedap juga.

Hujan pula masa ni...so lepas makan berlari-lari anak menyeberang jalan untuk ke hotel coz belum solat lagi. Bermalas-malasan dalam bilik, nak keluar pun hujan. Lepas hujan dah reda kami survey pakej tour ke sg mekong...dan akhirnya kami pilih tour sg mekong drp pink saigon hotel dengan kadar usd16 per pax..

Kami keluar malam...ke pasar malam dan kebetulan berdekatan Ben Thanh ada pameran bunga ..so menjengah juga le ke situ...berjalan-jalan ambil angin HCM... Tapi hati-hati kerana banyak peragut di sini..itu yang dipesan oleh polis di sini kerana mungkin kami dilihat terlalu leka mengambil gambar..Bagus juga teguran tersebut, supaya kita mudah beringat....



                                         Bergambar dekat bulatan Ben Thanh -mercu kuda

                 
Tiap-tiap hari ke pasar malam ini..syurga membeli-belah

Berakhirlah sudah hari pertama...sebelum balik ke bilik, singgah dulu membeli air kopi dari penjual berbasikal..RM3..duit dong tak ingat...tapi kat sini lebih untung beli ngan RM berbanding dong...

Ok selamat malam...Jumpa hari ke 2 plak...