Muzium Sultan Abu Bakar terletak di Jalan Sultan Ahmad di daerah Pekan, Pahang. Muzium ini telah dinamakan Muzium Sultan Abu Bakar bersempena istana yang pernah menjadi tempat persemayaman baginda iaitu istana kota beram.
Muzium ini telah dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Sultan Hj Ahmad Shah, Sultan Pahang pada 21.10.1976 dan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan muzium ini ialah lembaga muzium negeri pahang.
11/12/2013, kami telah menjejakkan kaki di muzium ini buat kali pertama...
Bangunan ini telah dibina pada tahun 1988 dgn binaan kayu. kemudian pd thn 1929, ia telah dijadikan sbg kediaman residen british. bangunan ini kemudiaannya tlh dibaik pulih pd thn 1948 dan dijadikan istana yg diberi nama istana kota beram.
Jom kita jalan2 di sekitar kawasan luar muzium ini...
Terdapat pelbagai arca menarik di luar muzium
Bangunan muzium dari luar seperti bangunan kolonial British
ada meriyam lagi kat luar ni..
Landskap hadapan muzium ini sangat cantik dan menarik sekali. Terdapat pelbagai arca yang boleh dilihat...contohnya seperti di bawah terdapat arca burung bangau dan arca kuda. Menurut cerita, arca kayu tersebut dibuat daripada kayu2 hanyut di sungai dan kemudian digam dgn menggunakan gam perahu. Katanya pembuatannya dibuat di Semarang, Indonesia.
Operasi muzium :
- Selasa - Ahad ( 9.30am - 5.00pm )
- Jumaat ( 9.30am - 12.15pm / 2.45pm - 5.00pm )
- Tutup pada setiap hari Isnin dan pada hari raya pertama Aidilfitri & Aidiladha
Bayaran masuk pulak :
- warga Pahang RM4
- warga Malaysia RM5
- Bukan Warganegara RM16 / usd5
- Kanak2 & OKU percuma
Untuk makluman penggunaan kamera di dalam muzium tak dibenarkan tapi boleh ambil gambar menggunakan henfon...tak cantikle sgt gmbr guna henfon ni...huhuhu...tapi nak buat camna..dah peraturan, ikut sajale...
Kami juga diberi plastik utk mengisi kasut yg dipakai, jadi kita hanya berkaki ayam saje berjalan2 dalam muzium ni...plastik ini perlu dibawa krn pintu keluar tak sama dgn pintu masuk....
![]() |
![]() |
![]() |
| plastik kasut yg diusung ke sana sini |
![]() |




No comments:
Post a Comment